Kek Pisang

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. hehe. sorry sangat dah lama tak update blog. tak sempat and sifat kemalasan dalam diri untuk update resepi sangat lah tebal. haha.

so, hari ni saya nak update resepi yang saya dah buat masa cuti mid sem hari tu. hihi. KEK PISANG.
then, jom kita chekidout the recipe. ngeh ngeh ngeh.

Bahan-bahan
  2 cawan tepung gandum
  1 tsp baking powder
  1 tsp soda bikarbonat
  1 cawan gula
  3 biji pisang (lenyek@kisar)
  1 1/2 cawan minyak masak
  1 tsp esen vanilla
  2 biji telur

Cara-cara
  1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat & baking powder. Panaskan oven suhu 180 darjah celcius.
  2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan pisang, putar lagi dan
      masukkan tepung.
  3. Masukkan minyak dan kacau sebati. Selepas itu, masukkan dalam acuan kek. Bakar selama 40 minit @
      1 jam. Selamat mencuba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS