Assalamualaikum & hai..pekabo semua? hehe..dah lama betul tak bukak blog nih..malas sikit. lagipun busy dengan assignment yang berlambak menjerit-jerit mintak buat. ngee~
Okay. tak payah intro panjang-panjang sangat. hihi. kita terus kepada resepi untuk kali ini. resepinya ialah MURTABAK MAGGI !!! ngehehe. korang pernah makan tak murtabak maggi? serius sedap! haha..makan dengan sos cili with mayonis! hurmm..mengancam abih rasa dia wa citer..haha.. so, untuk tak bagi korang stress dengan kesedapan menu kali ni. saya akan terus bagi resepi murtabak maggi ni ! hihiks. watcha!
MURTABAK MAGGI CIK SYA
# (suka-suka hati bagi nama sendiri untuk murtabak ni..HAHA)
Bahan-bahan
2 bungkus maggi kari
3/4 biji telur gred A (kalau gred B ke bawah dalam 5/6 biji)
1 labu bawang besar Holland (yang kulit warna perang2 sikit tu..huhu)
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun bawang (optional)
garam secukup rasa
1 tangaki cili besar atau cili padi(utk yg suka pedas)
50 gm isi ayam(dipotong dadu-kecil2)
sedikit minyak masak
Cara-cara
1. Mula-mula hiris dadu/mayang bawang , cili merah, daun bawang dan isi ayam.
2. Dalam masa yang sama, rebus mee maggi dalam air panas. jangan sampai kembang.
3. Angkat dan toskan.
4. Tumis bawang sehingga naik bau dan seterusnya masukkan isi ayam. setelah ayam masak, masukkan cili merah, serbuk perencah maggi kari dan garam secukunya.
Murtabak Maggi
Pavlova
Kek Pisang
Assalamualaikum dan selamat tengah hari. hehe. sorry sangat dah lama tak update blog. tak sempat and sifat kemalasan dalam diri untuk update resepi sangat lah tebal. haha.
so, hari ni saya nak update resepi yang saya dah buat masa cuti mid sem hari tu. hihi. KEK PISANG.
then, jom kita chekidout the recipe. ngeh ngeh ngeh.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang (lenyek@kisar)
1 1/2 cawan minyak masak
1 tsp esen vanilla
2 biji telur
Cara-cara
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat & baking powder. Panaskan oven suhu 180 darjah celcius.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan pisang, putar lagi dan
masukkan tepung.
3. Masukkan minyak dan kacau sebati. Selepas itu, masukkan dalam acuan kek. Bakar selama 40 minit @
1 jam. Selamat mencuba.