Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Murtabak Maggi

Assalamualaikum & hai..pekabo semua? hehe..dah lama betul tak bukak blog nih..malas sikit. lagipun busy dengan assignment yang berlambak menjerit-jerit mintak buat. ngee~

Okay. tak payah intro panjang-panjang sangat. hihi. kita terus kepada resepi untuk kali ini. resepinya ialah MURTABAK MAGGI !!! ngehehe. korang pernah makan tak murtabak maggi? serius sedap! haha..makan dengan sos cili with mayonis! hurmm..mengancam abih rasa dia wa citer..haha.. so, untuk tak bagi korang stress dengan kesedapan menu kali ni. saya akan terus bagi resepi murtabak maggi ni ! hihiks. watcha!

MURTABAK MAGGI CIK SYA
# (suka-suka hati bagi nama sendiri untuk murtabak ni..HAHA)

Bahan-bahan
   2 bungkus maggi kari
   3/4 biji telur gred A (kalau gred B ke bawah dalam 5/6 biji)
   1 labu bawang besar Holland (yang kulit warna perang2 sikit tu..huhu)
   2 ulas bawang putih
   1 tangkai daun bawang (optional)
   garam secukup rasa
   1 tangaki cili besar atau cili padi(utk yg suka pedas)
   50 gm isi ayam(dipotong dadu-kecil2)
   sedikit minyak masak

Cara-cara
  1. Mula-mula hiris dadu/mayang bawang , cili merah, daun bawang dan isi ayam. 
  2. Dalam masa yang sama, rebus mee maggi dalam air panas. jangan sampai kembang.
  3. Angkat dan toskan. 
  4. Tumis bawang sehingga naik bau dan seterusnya masukkan isi ayam. setelah ayam masak, masukkan cili merah, serbuk perencah maggi kari dan garam secukunya.

  5. Pecahkan telur dan pukul hingga separa kembang seperti buat telur dadar. Masukkan sedikit garam  jika ingin masin tapi jangan berlebihan. 
  6. Gaulkan bersama mee maggi dan juga bahan perencah yang telah ditumis tadi.
  7. Masukkan daun bawang dan panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak. Setelah itu, masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam kuali. Masaklah seperti menggoreng telur dadar. 
  8. DAN SIAP!!! boleh dimakan dengan sos cili dan mayonis. tehee~ 

SELAMAT MENCUBA..^___^
      
kredit gambar : resepiraidah.blogspot.com

hee. ni lah hasilnya..ngee~


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Roti Karamel

Bahan-bahan :-

Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.
Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan
gula 1 cawan
telur 6 biji
esen vanila 1tsb
butter 4 tsb
kismis-agak2
serbuk kayu manis.1tsb


Cara-caranya:

 Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit



Sos Krim.

Cara-caranya.
  
Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.

****

ni aku letak buah plum sbg hiasan..hehe..plum je ada dlm peti ais time ni..redah je la..janji sodap..hihi..^_^
dan aku tak ikut respei kat atas sepenuhnya.. almaklumlah, hidup as a student ni takde duit sangat nak beli all the things kat atas 2..hehe..

bahan yang aku gunakan hanyalah :

1) Roti Gardenia biasa-5 pieces
2) Susu Fullcream Dutchlady-sekotak kecil
3) 3 biji telur
4) 1/2 cawan gula
5) marjerin(yang makan ngan roti tu)
6) plum-as a garnished
7) Gula pasir - untuk karamel

method yang aku guna lebih kurang sama macam resepi kat atas..hehe..
btw, aku tak buat pun sos krim 2..aku ganti dengan karamel..huhu..

n tadaaaa..ciap!




p/s : aku dapat resepi ni dari  blog nanirostam..  sangat best..tq aunty bg resepi yg best..:-)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cocktail Buah + Kastard

Assalamualaikum dan selamat makan! hehe.. apa khabar semua? dah makan? hehe..
okay. kali ni aku nak share resepi air buah cocktail berkastard.. wuhuu.. sangat sedap! aku dah try kat rumah..hehe..terharu je rasa sbb resepi ni memang menjadi and housmate aku minta resepi ni..hihi..so, here we show the recipe!


Bahan-bahan ( 5-10 orang )

  • 1 tin buah2an campuran (fruit cocktail)
  • 1 tin susu sejat
  • 2 tin(susu) air
  • 3 sb tepung kastard
  • 1 cawan gula
  • secukup agar2 siap makan(dipasak atau dipotong kecil)
  • secukup ketulan ais

Cara-cara

  1. Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih.Kacau terus hingga mendidih dgn hand whisk(memudahkan) supaya kastard tidak melekat pd dasar periuk. Sejukkan.
  2. Apabila dah benar2 sejuk, masukkan agar2 dan buah2an campuran ke dlm adunan kastard.
  3. Ketika hendak menghidang, bubuhkan secukup ketulan ais yg kecil2.
  4. Jika suka, anda boleh juga perahkan sedikit jus lemon atau hirisan limau/lemon ke dalamnya.
  5. Jika ingin air kastard nampak menarik lagi,bubuh sedikit pewarna kuning atau merah ketika memasak air kastard.


ni gambo ehsan pak cik googel..hehe



ni pulak gambo ehsan mak cik ni haa..hehe..ni hasil air cocktail yang aku dah berjaya buat..huhu..

soooo, selamat mencuba pada semua.. huhu..insyaAllah best..yakinlah pada diri semasa memasak..cehh! poyo je lebeh..ala2 terror masak la..padahal macam hape je..haha..ok la..dah melalut ke laut mana tah ni..semoga jumpa lagi..daa..assalamualaikum..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Triffle

Assalamualaikum..hihi..seperti dijanjikan..tadaaa! latest resepi..huhu..resepi triffle ni saya ambil dari  myresepi.com..hihi..memang best ah triffle ni..huhu..esok nak try wat..duu da penah wat time cuti 4 bulan..ni 2nd time..hopefully berjaya la..hihi..amin.. ni resepinye..sesape nak try wat 2, silakan..hehe..



    Bahan-bahan ( 4-5 orang makan )
  1. Kek secukupnya (butter/marbel ikut citarasa masing2) -utk disusun sbgai lapisan bawah puding.
  2. 3 sudu besar Tepung kastard
  3. 1 sudu besar Gula
  4. 1 cawan air
  5. 1 tin Susu Cair Ideal (blh guna brand lain,tp brand Ideal lebih sedap)
  6. 1 tin Buah2an dlm tin/fruit in syrup (peach@buah2an cmpuran) toskan & ketepikan airnya
  7. 1 bungkus Jelly/Agar2 perisa strawberry (cap Nona)
  8. 1 cawan air untuk larutkan Jelly


    Cara-cara
  1. Bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn biar berketul)
  2. Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk,masukkan gula,1 tin susu cair dan air sirap dari buah2an dlm tin. Kemudian panaskan di atas api sederhana.
  3. Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disusun kek. (**kek dihiris nipis & disusun dalam bekas puding @ mangkuk kecil)
  4. Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi.
  5. Setelah itu,bolehlah susun buah-buahan dalam tin di atas adunan kastard.
  6. Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun. Masukkan dalam petisejuk selama 2jam dan hidangkan sejuk..Selamat mencuba.



    gambo takde..haha..googel la sendirik ye..keh3!~ 
    tapi, yang pasti....memang sodap lah! makan sekali..nak lagi..hihi..

k la..see ya! len kali ak post lg resepi apa2 ek..huhu..tq..daa..assalamualaikum..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS