Assalamualaikum and selamat tengah hari guys!
ok..refer to tajuk kat atas tu, hari ni aku makan tengah hari yang sangat simple..ye la..dah habis cuti and dah balik u semula..so, tak boleh makan yang gempak-gempak macam kat kampung lagi..wuwuwu~
so, menu lunch aku hari ni ialah
nasi putih yang tengah panas-panas baru keluar dari rice cooker + ikan kering goreng panas-panas + telur mata kerbau panas-panas jugak.
tapi, sebab lapar sangat maka tak sempat la nak take picture. aduh! hehe. next time la i take pic untuk upload kat blog..hehe..
tapi, yang pasti ialah lunch aku hari ni sangat la masyuk!!! sangat best! ikan kering goreng tu memang menaikkan selera makan..huhu..
ok la..sampai cni je la aku merapu..hehe..till then..see ya! assalamualaikum..
simple lunch!
Sup Ayam
Assalamualaikum dan salam hari khamis..hehe..okay..hari ni aku akan share resepi sup ayam..huhu..so, tak nak buang masa lagi..jom terjah resepi..yuhuu!~
Bahan-bahan :
1 kg ayam-dipotong mengikut citarasa sendiri.
1 paket Perkakas sup-beli je yang dah siap dalam paket tu..
6 ulas Bawang merah
4 ulas Bawang putih
4 biji Ubi kentang - dipotong dadu
1 inci halia
2 sudu minyak masak
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Bahan perasa secukup rasa
Daun bawang + daun sup
Cili padi
Limau nipis
Cara-cara :
1. potong dan basuh ayam hingga bersih. biarkan.
2. Tumbuk bawang merah + bawang putih + halia.
3. Panaskan periuk @ kuali, masukkan minyak masak. kemudian, tumis perkakas sup hingga naik bau.
masukkan bawang + halia yang telah ditumbuk tadi. biarakan hingga naik bau.
4. Selepas itu, masukkan ayam ke dalam tumisan tersebut. kacau dan tunggu sehingga ayam agak empuk.
5. Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih. kemudian masukkan ubi kentang ke dalam sup itu.
6. Masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa. setelah daging ayam + kentang telah empuk.
boleh diangkat.
7. Taburkan daun bawang + daun sup + cili padi yang dihiris nipis ke atas sup bersama perahan limau nipis.
8. Siap untuk dimakan!

Puding Roti Karamel
****
ni aku letak buah plum sbg hiasan..hehe..plum je ada dlm peti ais time ni..redah je la..janji sodap..hihi..^_^
dan aku tak ikut respei kat atas sepenuhnya.. almaklumlah, hidup as a student ni takde duit sangat nak beli all the things kat atas 2..hehe..
bahan yang aku gunakan hanyalah :
1) Roti Gardenia biasa-5 pieces
2) Susu Fullcream Dutchlady-sekotak kecil
3) 3 biji telur
4) 1/2 cawan gula
5) marjerin(yang makan ngan roti tu)
6) plum-as a garnished
7) Gula pasir - untuk karamel
method yang aku guna lebih kurang sama macam resepi kat atas..hehe..
btw, aku tak buat pun sos krim 2..aku ganti dengan karamel..huhu..
n tadaaaa..ciap!
Nasi Ayam Madu
- 2 cawan beras
- 1/4 bawang besar
- 2 sudu mentega
- sehelai daun pandan
- 2 kiub ayam
- madu
- kicap pekat
- 1/2 ekor ayam
- 1 sup bunjut adabi
- sos tiram
- 1/2 sudu serbuk lada putih
- 1/2 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- [hiasan]
- daun bawang
- daun sup
- bawang goreng
- daun salad/timun
- Bersih ayam. Potong ikut suka
- Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
- Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
- Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
- Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
- Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
Cocktail Buah + Kastard
Assalamualaikum dan selamat makan! hehe.. apa khabar semua? dah makan? hehe..
okay. kali ni aku nak share resepi air buah cocktail berkastard.. wuhuu.. sangat sedap! aku dah try kat rumah..hehe..terharu je rasa sbb resepi ni memang menjadi and housmate aku minta resepi ni..hihi..so, here we show the recipe!
- 1 tin buah2an campuran (fruit cocktail)
- 1 tin susu sejat
- 2 tin(susu) air
- 3 sb tepung kastard
- 1 cawan gula
- secukup agar2 siap makan(dipasak atau dipotong kecil)
- secukup ketulan ais
- Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih.Kacau terus hingga mendidih dgn hand whisk(memudahkan) supaya kastard tidak melekat pd dasar periuk. Sejukkan.
- Apabila dah benar2 sejuk, masukkan agar2 dan buah2an campuran ke dlm adunan kastard.
- Ketika hendak menghidang, bubuhkan secukup ketulan ais yg kecil2.
- Jika suka, anda boleh juga perahkan sedikit jus lemon atau hirisan limau/lemon ke dalamnya.
- Jika ingin air kastard nampak menarik lagi,bubuh sedikit pewarna kuning atau merah ketika memasak air kastard.

Membersihkan Minyak Goreng
Assalamualaikum n slmt sjhtera..huhu..apa khabar semua?
kali ni saya akan share tips untuk membersihkan minyak goreng..hurmm??? membersihkan minyak goreng? boleh ke? hehe.. we try it! kalau tak cuba, maka tak tahu..huhu..
okay.. saya ambil petua ni dari majalah 'perempuan'.
tips:
panaskan minyak sisa pergorengan ikan atau apa sahaja di atas api.
jika sudah panas, ambil 2 atau 3 sendok nasi dan goreng.
kurang lebih 4 minit, nasi akan mengumpul, lalu asingkan dari minyak tadi.
minyak akan nampak bersih. tidak kotor seperti tadi..huhu..
itulah tips yang saya adapted dari majalah tersebut. cuba la kat rumah ye. mana tau berkesan..hehe.
insyaAllah..saya akan update petua2 di dapur utk masa akan datang. tq..
assalamualaikum..^_^
Puding Triffle
- Kek secukupnya (butter/marbel ikut citarasa masing2) -utk disusun sbgai lapisan bawah puding.
- 3 sudu besar Tepung kastard
- 1 sudu besar Gula
- 1 cawan air
- 1 tin Susu Cair Ideal (blh guna brand lain,tp brand Ideal lebih sedap)
- 1 tin Buah2an dlm tin/fruit in syrup (peach@buah2an cmpuran) toskan & ketepikan airnya
- 1 bungkus Jelly/Agar2 perisa strawberry (cap Nona)
- 1 cawan air untuk larutkan Jelly
- Bancuhkan tepung kastard bersama satu cawan air,kacau sampai larut. (jgn biar berketul)
- Masukkan bancuhan tadi ke dlm periuk,masukkan gula,1 tin susu cair dan air sirap dari buah2an dlm tin. Kemudian panaskan di atas api sederhana.
- Kacau selalu sehingga pekat & likat. Setelah siap terus tuangkan adunan ke dalam bekas yang telah disusun kek. (**kek dihiris nipis & disusun dalam bekas puding @ mangkuk kecil)
- Ratakan adunan kastard sehingga menutupi lapisan kek yang disusun tadi.
- Setelah itu,bolehlah susun buah-buahan dalam tin di atas adunan kastard.
- Akhir sekali bancuhkan Jelly bersama 1 cawan air dan larutkan (**atau ikut cara2 melarutkan jelly di belakang bungkusan). Setelah larut,tuangkan ke atas buah-buahan yang disusun sehingga menutupi buah yg disusun. Masukkan dalam petisejuk selama 2jam dan hidangkan sejuk..Selamat mencuba.








