Pavlova
Kek Pisang
Assalamualaikum dan selamat tengah hari. hehe. sorry sangat dah lama tak update blog. tak sempat and sifat kemalasan dalam diri untuk update resepi sangat lah tebal. haha.
so, hari ni saya nak update resepi yang saya dah buat masa cuti mid sem hari tu. hihi. KEK PISANG.
then, jom kita chekidout the recipe. ngeh ngeh ngeh.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang (lenyek@kisar)
1 1/2 cawan minyak masak
1 tsp esen vanilla
2 biji telur
Cara-cara
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat & baking powder. Panaskan oven suhu 180 darjah celcius.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan pisang, putar lagi dan
masukkan tepung.
3. Masukkan minyak dan kacau sebati. Selepas itu, masukkan dalam acuan kek. Bakar selama 40 minit @
1 jam. Selamat mencuba.
simple lunch!
Assalamualaikum and selamat tengah hari guys!
ok..refer to tajuk kat atas tu, hari ni aku makan tengah hari yang sangat simple..ye la..dah habis cuti and dah balik u semula..so, tak boleh makan yang gempak-gempak macam kat kampung lagi..wuwuwu~
so, menu lunch aku hari ni ialah
nasi putih yang tengah panas-panas baru keluar dari rice cooker + ikan kering goreng panas-panas + telur mata kerbau panas-panas jugak.
tapi, sebab lapar sangat maka tak sempat la nak take picture. aduh! hehe. next time la i take pic untuk upload kat blog..hehe..
tapi, yang pasti ialah lunch aku hari ni sangat la masyuk!!! sangat best! ikan kering goreng tu memang menaikkan selera makan..huhu..
ok la..sampai cni je la aku merapu..hehe..till then..see ya! assalamualaikum..
Sup Ayam
Assalamualaikum dan salam hari khamis..hehe..okay..hari ni aku akan share resepi sup ayam..huhu..so, tak nak buang masa lagi..jom terjah resepi..yuhuu!~
Bahan-bahan :
1 kg ayam-dipotong mengikut citarasa sendiri.
1 paket Perkakas sup-beli je yang dah siap dalam paket tu..
6 ulas Bawang merah
4 ulas Bawang putih
4 biji Ubi kentang - dipotong dadu
1 inci halia
2 sudu minyak masak
1.5 liter air
Garam secukup rasa
Bahan perasa secukup rasa
Daun bawang + daun sup
Cili padi
Limau nipis
Cara-cara :
1. potong dan basuh ayam hingga bersih. biarkan.
2. Tumbuk bawang merah + bawang putih + halia.
3. Panaskan periuk @ kuali, masukkan minyak masak. kemudian, tumis perkakas sup hingga naik bau.
masukkan bawang + halia yang telah ditumbuk tadi. biarakan hingga naik bau.
4. Selepas itu, masukkan ayam ke dalam tumisan tersebut. kacau dan tunggu sehingga ayam agak empuk.
5. Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih. kemudian masukkan ubi kentang ke dalam sup itu.
6. Masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa. setelah daging ayam + kentang telah empuk.
boleh diangkat.
7. Taburkan daun bawang + daun sup + cili padi yang dihiris nipis ke atas sup bersama perahan limau nipis.
8. Siap untuk dimakan!

Puding Roti Karamel
****
ni aku letak buah plum sbg hiasan..hehe..plum je ada dlm peti ais time ni..redah je la..janji sodap..hihi..^_^
dan aku tak ikut respei kat atas sepenuhnya.. almaklumlah, hidup as a student ni takde duit sangat nak beli all the things kat atas 2..hehe..
bahan yang aku gunakan hanyalah :
1) Roti Gardenia biasa-5 pieces
2) Susu Fullcream Dutchlady-sekotak kecil
3) 3 biji telur
4) 1/2 cawan gula
5) marjerin(yang makan ngan roti tu)
6) plum-as a garnished
7) Gula pasir - untuk karamel
method yang aku guna lebih kurang sama macam resepi kat atas..hehe..
btw, aku tak buat pun sos krim 2..aku ganti dengan karamel..huhu..
n tadaaaa..ciap!
Nasi Ayam Madu
- 2 cawan beras
- 1/4 bawang besar
- 2 sudu mentega
- sehelai daun pandan
- 2 kiub ayam
- madu
- kicap pekat
- 1/2 ekor ayam
- 1 sup bunjut adabi
- sos tiram
- 1/2 sudu serbuk lada putih
- 1/2 inci halia
- 3 ulas bawang putih
- [hiasan]
- daun bawang
- daun sup
- bawang goreng
- daun salad/timun
- Bersih ayam. Potong ikut suka
- Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
- Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak
- Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa.
- Keluarkan ayam. Perapkan dengan madu, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
- Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi
Cocktail Buah + Kastard
Assalamualaikum dan selamat makan! hehe.. apa khabar semua? dah makan? hehe..
okay. kali ni aku nak share resepi air buah cocktail berkastard.. wuhuu.. sangat sedap! aku dah try kat rumah..hehe..terharu je rasa sbb resepi ni memang menjadi and housmate aku minta resepi ni..hihi..so, here we show the recipe!
- 1 tin buah2an campuran (fruit cocktail)
- 1 tin susu sejat
- 2 tin(susu) air
- 3 sb tepung kastard
- 1 cawan gula
- secukup agar2 siap makan(dipasak atau dipotong kecil)
- secukup ketulan ais
- Campurkan air, susu, kastard dan gula dan masak hingga mendidih.Kacau terus hingga mendidih dgn hand whisk(memudahkan) supaya kastard tidak melekat pd dasar periuk. Sejukkan.
- Apabila dah benar2 sejuk, masukkan agar2 dan buah2an campuran ke dlm adunan kastard.
- Ketika hendak menghidang, bubuhkan secukup ketulan ais yg kecil2.
- Jika suka, anda boleh juga perahkan sedikit jus lemon atau hirisan limau/lemon ke dalamnya.
- Jika ingin air kastard nampak menarik lagi,bubuh sedikit pewarna kuning atau merah ketika memasak air kastard.









