NASI LEMAK KOPI 'O'

Assalamualaikum & Hellow!!!~  pe cter la blog aku nih dah bersarang labah-labah??...lamo bebenor tak update resepi baru..hehehe..eden ni bzy cket ngan exam la der..so, stop sekejap berkongsi resepi..hehe..

so, disebabkan exam ada 1 paper je lg n paper 2 lak bleh maen tembak2 ngan senapang gajah.....& paper 2 lak lg 2 hari..soooo000, apa lg..jom share resepi..keh3!!~

nak share resepi apa eh? haurrmmm...haaaa...disebabkan i nih dah x sbr2 nak balik umah(kampong) n teringin bebenor nak makan nasi lemak buatan my lovly mum..so, share resepi nasi lemak lah..hehe.. ps ::  tajuk entry kat atas 2 dibuat selepas saya memikirkan idea ini..hehe..

tanpa membuangkan masa saya dan anda..jom terus ke resepinya..chekedout..


BAHAN-BAHAN (utk 5 org)

Nasi

  1. 5 cawan Beras (suka hati korang la nak masak nasi banyak mana pun..hehe..ni estimate 1 cawan = 1 org)
  2. 1 1/2 cawan Santan (cukup la kot!!! hahaha..p/s: nak lemak lebih so masukk santan lebih..tp, jgn lebih2 sgt nanti nasi lembikk..euwww..hehehe..)
  3. 2 helai Daun pandan
  4. 1 batang Serai
  5. secubit Garam
Sambal Ikan Bilis
  1. 1 cawan  Cabai kering a.k.a lada kering (direbus/ rendam air panas terlebeh dahulu)
  2. 1 cawan Ikan Bilis (dibelah & ditumbuk kasar)
  3. 5 ulas Bawang Merah 
  4. 2 keping Asam Keping / air Asam Jawa
  5. garam dan gula secukup rasa
bahan-bahan tambahan
  1. 3 biji telur ayam (direbus)
  2. 1 batang timun batang (dihiris)
  3. 1 cawan kacang tanah (digoreng)
  4. 1 cawan ikan bilis (goreng kering)
CARA-CARA MEMASAK

NASI
  1. Basuh beras sehingga bersih. kemudian sukat air+santan mengikut citarasa.
  2. Masukkan sekali serai yang telah diketuk, secubit garam bersama daun pandan untuk nasi yang lebih wangi.
  3. Masak nasi di atas dapur biasa atau periuk elektrik. tunggu sehingga masak.
SAMBAL
  1. Blend bawang merah + cili kering. Kemudian, tumiskan di dalam kuali.
  2. Tumis sehingga masak dan masukkan air untuk mengurangkan rasa pedas. Setelah naik minyak(sambal kelihatan berminyak), masukkan ikan bilis, air asam jawa atau asam keping.
  3. masak lagi sehingga ikan bilis masak. Seterusnya masukkan garam dan gula. fungsi gula adalah bagi mengurangkan rasa pedas dan bagi sambal kelihatan lebih merah pekat.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama nasi dan bahan tambahan yang lain.

nah.. aku bagi kat korang nasi lemaknyer...ngehehe!!~ nampak sedap kan? perghhh!!~ perut dah la lapo ni..adehhh!!~ =.="


SELAMAT MENCUBA...(^o^)v

hah!!~ lupa lak..KOPI 'O'
ngehehe...
alaa..setakat kopi 'o'..korang pandai wat sendiri kan? so, wat je la..hehe..
sedap bila makan nasi lemak + kopi 'o'
chekedout..yuhuuu!!~




p/s :: andai tak jadi korang wat nanti...aku tak tau..hehe..

Assalamualaikum..choooowz!!~ ZZzzzz....







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment