Simple Spageti Bolognese !!~

Assalamualaikum..dan selamat sejahtera semua..ngehehe..
okay..we go straight to our main point..keh3! 'speaking konon'..HAHA!
okay la..hari ni aku nak share resepi SPAGETI BOLOGNESE atas permintaan seorg sohabat aku neh..siap post kat fb lagik suh hapdet blog..ngee~
sohabat saya yang comel silalah refer resepi ni ek..insyaAllah berhasil + simple + sodap..ngihii~




Bahan-bahan



  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 3 labu bawang besar kuning – dipotong dadu halus
  • 4 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 inci halia - dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar - dipotong dadu
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak masak (ikut citarasa la)
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang (optional)


Cara-caranya :

  • Spagetti
  • Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese


  1. Panaskan minyak ke dalam kuali atau periuk, kemudian tumis bawang putih + bawang besar + halia. kacau sehingga agak garing dan naik bau wangi.
  2. Then, masukkan daging cincang. pastikan daging cincang direndam air telebih dahulu + ditoskan untuk menghilangkan sedikit bau hanyir lembu. kacau sebati hingga daging berwarna keperangan + masak.
  3. Selepas itu, masukkan sos tomato puri + tomato segar yang dihiris dadu tadi. kuatkan api + kacau sehingga naik minyak + aroma. (kalau nak masukkan cendawan, boleh la masuk masa ni..^_^)
  4. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  6. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat dan air tadi telah tiada..
  7. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.





sumber : unkel google



selamat mencuba. memasaklah dengan penuh kasih + sayang..
      insyaAllah masakan anda akan berhasil + sedap. 

p/s : untuk lebih rasa berkrim boleh masukkan sedikit susu segar @ susu cair semasa memasak.. ^_^




insyaAllah..akan ku hapdetkan lagik blog masakan ni dengan resepi2 lain..
terima kasih..Assalamualaikum..choowww!~.~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment