Puding Roti Karamel

Bahan-bahan :-

Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.
Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan
gula 1 cawan
telur 6 biji
esen vanila 1tsb
butter 4 tsb
kismis-agak2
serbuk kayu manis.1tsb


Cara-caranya:

 Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit



Sos Krim.

Cara-caranya.
  
Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.

****

ni aku letak buah plum sbg hiasan..hehe..plum je ada dlm peti ais time ni..redah je la..janji sodap..hihi..^_^
dan aku tak ikut respei kat atas sepenuhnya.. almaklumlah, hidup as a student ni takde duit sangat nak beli all the things kat atas 2..hehe..

bahan yang aku gunakan hanyalah :

1) Roti Gardenia biasa-5 pieces
2) Susu Fullcream Dutchlady-sekotak kecil
3) 3 biji telur
4) 1/2 cawan gula
5) marjerin(yang makan ngan roti tu)
6) plum-as a garnished
7) Gula pasir - untuk karamel

method yang aku guna lebih kurang sama macam resepi kat atas..hehe..
btw, aku tak buat pun sos krim 2..aku ganti dengan karamel..huhu..

n tadaaaa..ciap!




p/s : aku dapat resepi ni dari  blog nanirostam..  sangat best..tq aunty bg resepi yg best..:-)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment