Sup Ayam

Assalamualaikum dan salam hari khamis..hehe..okay..hari ni aku akan share resepi sup ayam..huhu..so, tak nak buang masa lagi..jom terjah resepi..yuhuu!~

Bahan-bahan :

 1 kg ayam-dipotong mengikut citarasa sendiri.
 1 paket Perkakas sup-beli je yang dah siap dalam paket tu..
 6 ulas Bawang merah
 4 ulas Bawang putih
 4 biji Ubi kentang - dipotong dadu
 1 inci halia
 2 sudu minyak masak
 1.5 liter air
 Garam secukup rasa
 Bahan perasa secukup rasa
 Daun bawang + daun sup
 Cili padi
 Limau nipis

Cara-cara :

1. potong dan basuh ayam hingga bersih. biarkan.
2. Tumbuk bawang merah + bawang putih + halia.
3. Panaskan periuk @ kuali, masukkan minyak masak. kemudian, tumis perkakas sup hingga naik bau.
    masukkan bawang + halia yang telah ditumbuk tadi. biarakan hingga naik bau.
4. Selepas itu, masukkan ayam ke dalam tumisan tersebut. kacau dan tunggu sehingga ayam agak empuk.
5. Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih. kemudian masukkan ubi kentang ke dalam sup itu.
6. Masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa. setelah daging ayam + kentang telah empuk.
   boleh diangkat.
7. Taburkan daun bawang + daun sup + cili padi yang dihiris nipis ke atas sup bersama perahan limau nipis.
8. Siap untuk dimakan!


tadaa! hehe..
gambar : ehsan pakcik googel

setakat ni la dulu resepi bersama aku..haha.. nati ada masa aku update blog lagi..huhu..thanks to those who are reading my blog.. tqvm! selamat menjamu selera. assalamualaikum..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment